Jumaat, Februari 4

AirAsia mula bawa keluar warga Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X akan membawa keluar pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir bermula malam ini menerusi penerbangan Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi dengan menggunakan pesawat Airbus, A340.
Pengerusi AirAsia X, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, selain itu sebuah pesawat A330 sedang dalam perjalanan ke Jeddah manakala pesawat A320 akan mula membawa keluar warga Malaysia dari Iskandariah ke Jeddah tanpa henti, mulai esok.
''Kami juga akan menggunakan pesawat A330 yang akan terbang antara Kaherah dan Jeddah,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pesawat A330 yang digunakan AirAsia X boleh membawa 372 penumpang manakala pesawat A340 boleh memuatkan 320 penumpang dan pesawat A320 milik AirAsia boleh menerbangkan 180 penumpang.
Selain AirAsia, dan AirAsia X, Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menggunakan pesawat masing-masing dalam Operasi Piramid yang bertujuan membawa warga Malaysia yang terkandas di Mesir.
Beliau berkata, pihaknya akan akan membawa seberapa ramai warga Malaysia yang terkandas di Mesir sehingga operasi itu tamat.
Sementara itu, Kamarudin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah memberi sokongan moral kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.
''Malah Perdana Menteri telah menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang telah menyebabkan kerja kami menjadi mudah,'' jelasnya.
AirAsia dan AirAsia X tidak mempunyai hak pendaratan di Iskandariah, Kaherah dan Jeddah.

Sumber:Utuusan Malaysia Online



Gambar:google.com


Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah