Jumaat, Februari 4

AirAsia mula bawa keluar warga Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X akan membawa keluar pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir bermula malam ini menerusi penerbangan Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi dengan menggunakan pesawat Airbus, A340.
Pengerusi AirAsia X, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, selain itu sebuah pesawat A330 sedang dalam perjalanan ke Jeddah manakala pesawat A320 akan mula membawa keluar warga Malaysia dari Iskandariah ke Jeddah tanpa henti, mulai esok.
''Kami juga akan menggunakan pesawat A330 yang akan terbang antara Kaherah dan Jeddah,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pesawat A330 yang digunakan AirAsia X boleh membawa 372 penumpang manakala pesawat A340 boleh memuatkan 320 penumpang dan pesawat A320 milik AirAsia boleh menerbangkan 180 penumpang.
Selain AirAsia, dan AirAsia X, Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menggunakan pesawat masing-masing dalam Operasi Piramid yang bertujuan membawa warga Malaysia yang terkandas di Mesir.
Beliau berkata, pihaknya akan akan membawa seberapa ramai warga Malaysia yang terkandas di Mesir sehingga operasi itu tamat.
Sementara itu, Kamarudin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah memberi sokongan moral kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.
''Malah Perdana Menteri telah menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang telah menyebabkan kerja kami menjadi mudah,'' jelasnya.
AirAsia dan AirAsia X tidak mempunyai hak pendaratan di Iskandariah, Kaherah dan Jeddah.

Sumber:Utuusan Malaysia Online



Gambar:google.com


Khamis, Februari 3

Kumpulan pertama 356 pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di Jeddah

Sumber:http://utusan.com.my

04/02/2011 10:12am



JEDDAH 4 Feb. - Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir hari ini berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).
Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata, MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.
"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.
Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.
Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.
"Gembiralah... sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.
"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab,” katanya yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.
Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata, tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita,” katanya.
Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di universiti itu dan anaknya berusia dua tahun.
Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di sini.
Pemindahan pelajar selain menggunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.
Sejak 28 Januari lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama


Inilah peswat yang memindhkan pelajar Malaysia di Mesir  ke Jeddah

Rabu, Februari 2

Pembukaan Kota Makkah(Part 2)

PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


Rasulallah telah bergerak dari Madinah pada bulan Ramadan .Rasulallah berhenti di Mar Az-Zahran.Rasulallah(di suatu tempat persimpangan menuju ke kota Makkah) pada waktu Isya.Rasulallah dengan teneteranya telah berbuka puasa kerana hendak memastikan  tentera islam dalam keadaah segar dan memboleh kan kekuatan mereka.Semasa di Mar Az-Zahran rasulallah telah meminta tentera islam menyalakan unggun api .Sebanyak 10 000 obor dinyalakan untuk  menunjukkan isyarat bahawa tentera islam rama untuk menakutkan musuh.Selain itu,Rasulallah telah melantik Saidina Umar Al-Kahatab sebagai Ketua Pengawal.

Orang kafir Quraisy telah menghantar Abu Sufian Bin Harb,Hakim bin Hizam dan Budail bin Warqa untuk meninjau dan mengintip tentera islam.Mereka terserempak dengan tentera islam yang berkawal dan telah menagkap.Saidina Abbas bin Abadul Mutalib telah membawa Abu Sufian berjumpa dengan Rasulallah.

Rasulallh telah menunjukkan kepada Abu Sufian bin Harb kehebatan dan kekuatan tentera islam yang ramai itu.Ini membuatkan Abu Sufian bertambah gerun dan yakin bahawa mereka akan dikalahkan tentera islam..Akhirnya dia memeluk islam disebabkan oleh Rasulallah.

Rasulallh telah berpesan kepada Abu Sufian  3 jaminan keselamatan untuk disampaikan kepada penduduk kota Makkah yaitu:


  1. Sesiapa yang memasuki ke Rumah Abu Sufian,maka dia akan selamat.
  2. Sesiapa yang memasuki Masjidil Haram,maka dia akan selamat 
  3. Sesiapa yang masuk dan menutup pintu rumahnya,maka dia akan selamat


Rasulallah menyusun staregi supaya tidk berlaku peperangan dan pertumpahan darah diantara tentera islam dan kafir quraisy.Baginda membahagikan kumpulan kepada beberapa buah kumpulan.Kedudukan tentera islam dapat dilihat dalam peta di bawah.


Kedudukan tentera islam dalam peristiwa pembukaa Kota Makkah

ElBaradei tak berhasrat jadi Presiden

Sumber:Utusan Malaysia Orline

KAHERAH 1 Feb. – Reformis Mesir, Mohamed ElBaradei hari ini berkata, beliau tidak berhasrat menjadi Presiden Mesir tetapi sedia mengetuai kerajaan sementara sehingga pilihan raya dilaksanakan sekiranya itu yang dimahukan rakyat.
“Sekiranya rakyat sebulat suara mahu saya mengetuai kerajaan sementara, saya sedia melakukannya,” kata aktivis demokrasi itu kepada akhbar Britain, The Independent hari ini.
Elbaradei yang muncul sebagai tokoh pemimpin pembangkang utama Mesir turut mengulangi desakan supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan jika mahu selamat.
“Apabila sesuatu rejim mengundurkan polis dari jalan-jalan, apabila pasukan polis dicemari samseng, cuba memberi gambaran bahawa tanpa Mubarak negara akan bergolak, ini adalah satu tindakan jenayah. Seseorang perlu bertanggungjawab.
“Orang ramai kini bukan sahaja menuntut pengunduran Mubarak. Mereka mahu beliau dibicarakan. Sekiranya beliau mahu selamat, Mubarak perlu berundur menjelang hari Jumaat ini,” katanya.
Sementara itu, Parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan ElBaradei dan menyokong pemimpin pembangkang itu bagi mengetuai kerajaan perpaduan Mesir.
Parti tersebut menerusi kenyataan yang dibuat di laman webnya hari ini berkata, ia juga tidak mahukan jawatan kepimpinan dalam kerajaan baru nanti, sebaliknya hanya akan memberi sokongan kepada kepimpinan akan datang.
“Kemahuan kami adalah kehendak rakyat. Kita perlukan satu rejim baru sekarang.
“Kami menghormati Elbaradei. Beliau adalah individu paling berpotensi untuk mencapai hasrat ini,” kata ketua cawangan Ikhwanul Muslimin di utara Kaherah, Helmi Gazzar.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu berkata, pihaknya kini sedang berbincang untuk menubuhkan satu jawatankuasa politik dengan Elbaradei bagi rundingan dengan pihak tentera.
Parti itu malam tadi turut menyeru tunjuk perasaan diteruskan di seluruh negara sehingga Mubarak tunduk kepada desakan meletak jawatan. – AFP/Agensi



PARA ulama (berserban) menyertai ribuan rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – AFP

Selasa, Februari 1

Pembukaan Kota Makkah(Part 1)

PENGENALAN
Pembukan kota Makkah maksud kemenangan islam mengusai Makkah.Peristiwa ini berlaku Pada tahun 8 Hijrah.Rasulallah mengetuai tentera islam 10 000 orang tersiri daripada Orang2 Muhajirin dan Ansar.

SEBAB BERLAKU PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


Kaum Kafir Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah kerana telah membantu Bani Bakr untuk membunuh Bani Khazah yang terikat perjanjian dengan Rasulallah.Bani Khazah telah meminta bantuan daripada Rasulallah kerana telah membunuh 20 orang daripada kaum mereka.Apabila Kafir Quraisy melanggar perjanjian dan menyokong Bani Bakr,Rasulallah telah mengambil keputusan untuk merangi mereka.Keputusan dibuat kerana memerangi  mereka yang telah melanggar perjanjian dan membalas perbuatan mereka yang memerangi dan membunh sekutu islam




Masjidil Haram


Bersambung..........................

Peperangan Mu tah(Part 3)

Ana sambung sedikit cerita

Staregi khalid dengan pertolongan Allah berjaya menimbulkan ketakutan tentera rom terhadap tentera islam yangdisangka ramai.Maka.tentera rom melarikan diri daripada medan pernag Mu tah untuk menyelamatkan diri..Dibawah steragi Khalid,dapat mengkucar kacirkan steragi dan membunuh tentera rom.Tnetera islam pulang ke Madinah dan disambut oleh Rasulallah dan mengucpkan tahniah kerana dapat menumpaskan sebahagian rom dan dapat pulang ke Madinah dengan selamat.Rasulallah telah menggelarkan Khalid sebagai Saifullah(Pedang Allah).


Tugu peringatan Mu Tah



Medan peperangan Mu tah
Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah