Rabu, Januari 19

Tentang Maher Zain

Ana nak ceritakan pasal Maher Zain.Kalau nak tahu,jom kita tengok.


Maher Zain



Maher Zain (lahir 1981) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah dari 13 lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November, 2009. Muziknya video beliau di laman Youtube telah mengumpul lebih dari 5 juta hit



Biografi


Kehidupan awal

Maher Zain lahir pada 1981 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering [1] Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal .


Kerjaya

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik [2], Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne [2] dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, [3] [4] dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Maher_Zain

Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah