Isnin, November 29

Jalan-jalan ke Perth Episod 2 Hari Kedua

Seleps tiba di Hotel kami makan tengahari di Restoran Takaza iatu Restoran Muslim.

Inilah Restorannya

Juadahnya iatu hidangan dari Malaysia

Lepas makan tu jaln2 sekitar restoran.Masa jalan2 tu  terjumpa satu kedai runcit .Dalam kedai runcit tu terjumpa barangan Malaysia .Ana beli Biskut Ping Pong dan horlicks.

Ahad, November 28

Jalan-jalan ke Perth Episod 1 Hari Pertama

Tiba di Lapangan terbang Perth dengn peswat Air Asia D7 2714 pada pukul 5.20 pagi

 

perthAirport

 

Perth Airport 2

Mula-mula urusan Imigresen lepas tu,urusan mengambil bagasi kemudian urusan kastam an Akhr sekali kami disambut oleh pihak Wella Travel.Kami manaiki bas menuju ke Pusat bandar Perth dengan menaiki Van Coster seramai 20 Orang.

 

P1050817

Kami tiba di Hotel GoodEarth  Acara bebas.Kami Check-in pada pukul 2 petang

 

P1050626

Isnin, November 22

KLIA

Sejak 27 Jun 1998,perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Didalam terdapat pelbagai kauter dan lain-lain.



Menra Kawalan

Kaunter Tiket

Dewan berlepas dalam negeri/Antarabangsa

Aeroten KLIA

Jamrah dulu dan sekarang

Teringat balik nostlgia jemaah haji melakukan ibadah melontar.Wajah jamra yang sudah dipebarui  hingga ke Hari ini.

Jamrah pada Tahun 1920-an

Jamrah tahun 1980-an  yang telah naik taraf kepada 2 tingkat.


Jamrah yang kita lihat pada hari ini sudah dinaiktaraf  kepada 5 tingkat

Arab Saudi belum beri visa pada Linda Agum

Sumber: Utusan Malaysia Online



JAKARTA 22 Nov. – Menteri Kebajikan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Linda Agum Gumelar berkata, permohonannya untuk mendapatkan visa ke Arab Saudi bagi menyiasat kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia, masih belum diluluskan.
Linda mengetuai pasukan antara menteri bagi mencari keadilan untuk Sumiati binti Salan Mustapa, 23, selepas kecederaan yang dialami pembantu rumah itu mendedahkan ia kes penderaan pekerja asing di Asia Barat.
“Visa masuk ke negara itu bukan sahaja perlu diluluskan Kedutaan Arab Saudi di Indonesia tetapi juga oleh pihak berkuasa di sana.
“Kita tidak boleh berfikiran negatif. Saya dimaklumkan kerajaan Arab Saudi masih belum meluluskan visa saya untuk masuk (ke Arab Saudi) kerana negara itu bercuti dan pejabat hanya mula dibuka hari ini,” katanya.
Namun, beliau mengesahkan permohonan visa beberapa anggota pasukannya untuk ke Arab Saudi telah diluluskan.
“Beberapa ahli pasukan saya telah berlepas ke negara itu dan kami sering berhubung. Saya juga telah berjumpa dengan Duta Arab Saudi yang berjanji akan membantu mempercepat proses kelulusan visa saya,” jelasnya.
Linda diarahkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengetuai sebuah pasukan bagi mendapatkan keadilan bagi Sumiati, yang mengalami penderaan kejam, sekali gus melambangkan pahit getir yang dialami pekerja asing di rantau tersebut.
Beliau dijangka melawat pembantu rumah itu di sebuah hospital di Madinah, lokasi Sumiati menjalani rawatan sejak 8 November lalu akibat luka dalam di bibir serta bahagian muka yang didakwa ditoreh dengan gunting.
Amnesty International baru-baru ini meminta Arab Saudi dan negara-negara teluk supaya melaksanakan langkah lebih ketat bagi melindungi pekerja asing yang bekerja di negara kaya dengan minyak itu.
Pemerhati hak asasi manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, layanan terhadap pembantu rumah tersebut disifatkan Susilo sebagai ‘penderaan kejam’. – Agensi


Inilah gambar Linda Agum-Menteri kebajikan wanita dan perlindungan Kanak-kanak Indonesia

Kepulangan jemaah haji

Selepas jemaah haji Malaysia melaksanakan Ibadah haji,kini jemaah haji akan  pulang  pada 23/11/2010-24/12/2010.





Keadaan jemaah haji menunaikan tawaf haji di Masjidilharam

Bagi yang belum menziarahi Madinah,,ereka mungkin mereka ke Madinah pada  inggu hadapan rasanya

Ahad, November 21

Tukar Wang

Semalam jalan-jalan pergi ke Kajang untuk tukar wang untuk belanja ke Australia.


Mak ana bagi kat tukang duit tu RM2008.Lepa tu dapat la duit Australia iatu sekitar 300$.Ada 2 10$,2 20$ dan 4 $


Jumaat, November 19

Beg Polo

Sebelum jalan-jalan ke Perth.Pastikan semuanya dah cukup.Terutamaya beg polo ana ni.Harganya 79.00 sahaja.Emmm...mak ana tolong belikan.





Dah disertakan dengan Tag dan riben nanti senang nak tahu ini beg ana

Nanti jalan2 pergi ke Perth bersama Aulia Travel.



Hebatnya,Makkah boleh membersihkan keseluruhan kotanya

Sumber: Utusan Malaysia Online



MINA 18 Nov. - Musim haji semakin menghampiri penamat dan pihak berkuasa Arab Saudi di Mekah berdepan dengan tugasan berat iaitu membersihkan kota suci itu berikutan kehadiran berjuta-juta jemaah menjadikan jalan raya penuh dengan sampah sarap.
Musim haji adalah singkat namun sukar untuk melalui jalan raya di bandar perkhemahan di Mina tanpa memakai topeng muka kerana bau busuk yang kuat.
Islam mengajar kebersihan dengan penganutnya sejak kecil lagi dididik dengan hadis yang menyatakan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Namun selepas jemaah lelaki menunaikan ibadah mencukur pada Selasa lalu, jalan raya Mina dan kawasan kejiranan sekitar Masjidilharam dipenuhi dengan rambut dan pisau cukur.
Ia merupakan angkara jemaah 'haram' yang tidak mempunyai permit dan memenuhi kawasan lembah itu.
Kira-kira 2.8 juta dianggarkan menunaikan rukun Islam kelima ini tahun ini, tambahan 800,000 orang lebih dari jangkaan berdasarkan jumlah permit yang dikeluarkan.
Jemaah haji yang tidak mempunyai tempat tinggal baik di khemah atau bilik hotel, duduk di kaki lima, bawah jambatan dan kawasan batu. Di lokasi yang mana polis tidak mempedulikan mereka, khemah turut dipasang di atas jalan raya.
Kebanyakan jemaah haram yang melanggar peraturan permit ini adalah warga asing yang menetap di Arab Saudi dan sebilangan kecil rakyat tempatan.
Sementara itu, petugas kutipan sampah bekerja tanpa henti dengan menarik tong jingga dan menyapu jalan raya serta menarik masuk kontena sampah ke dalam lori.
Situasi di Arafah adalah serupa dan begitu juga jalan raya di Masjidilharam yang dipenuhi sampah. - AFP

Suasana Kota Makkah

p/s-Satu  Bndar yang rahmat ni boleh membersihkan   keselehhuran  bandarnya.

Makkah 2020(Part 2)

Ini merupakan sambungan entri yang lepas.Kali ini ana akan tunjukkan keseluruhan Kota Makkah.

Gambar:http://linkdevolpers.blogspot.com/



Ini merupakan wajah Kota Makkah pada tahun akan datang

 Di belakang hotel Mewah yang sedang dibina


Khamis, November 18

Perkembangan Jemaah Haji di Mina

Gambar:http://hajiarshad.blogspot.com/

Pada ketika ini,jemaah haji kita sedang melontar Jamrah di Mina untuk menyempurnakan kemunncak ibadah haji.Moga-moga mereka dapat haji yang mabrur ye!.Kalau nak tahu tentang Perkembangan Jemaah Haji di Mina.Tengoklah gambar2 ini.

Perjalanan jemaah haji menuju ke Mina untuk melontar jamrah

Pintu sempadan diantara  Muzdalifah dan Mina.


Dihadapan Kompleks jamrah

Kelihatan orang ramai melontar jamrah dalam keadaan berihram.

Ana mengharapkan kepada semua jemaah haji supaya mendapat haji yang mabrur

Rabu, November 17

Qurban di Surau Al-Furqan

Semalam,Surau ada buat qurban pada hari Raya Aidiladha.Ada 6 ekor lembu untuk disembelih.Dua untuk diagihkan untuk semua orang yang datang ke surau.


Kelihatan orang lelaki sedang memetong bahagian daging yang sudah di sembelih

Kelihatan para bwanita sedang memotong sayur-sayuran dan bawang.Yang potong bawang tu hati-hati takut pedih mata baru tau huhuhu......

Kelihatan pak cik-pak cik sedang  menurunkan daging keada jemaah untuk di potong


Jamuan ringan disediakan




Selasa, November 16

Makkah :Dulu dan Sekarang

Wajah kota Makkah dahulu dan Sekarang lain.Pada ketika ini,Makkah semakin maju dan makin membangun.Inilah gambar wajah Kota Makkah.

KAPAL TERBANG DI JEDDAH DAN MADINAH
Dahulu

Pada zaman dahulu, saiz kapal terbang yang hendak membawa jemaah haji sebesar kapal terbang bantuan.Muatnya cuma sekitar 100 orang.Masa itu,tak ada urusan parsort,bagasi dan sebagainya

Sekarang

Pada zaman sekarang ,saiz kapal terbang tidak macma kapal terbang bantuan.Muatnya sekitar 400-500 orang.Zaman sekaang baru ada semua urusan   yang berada di lapangan terbang seperti parsort,bagasi dan sebagainya.


PINTU SEMPADAN TAHAH HARAM DAN TANAH HALAL

Dahulu

Dahulu,kalau kita nak tahu sama ada kita berada di tanah haram atau tanah halal biasanya ada papan tanda ketika hendak memasuki Makkah.

Sekarang

Pada zaman sekarang,kalau kita nak tahu sama ada kita di Tanah Haram atau Tanah Halal,pintu gerbang berbentuk rehal telah dibina.

KAABAH

Dahulu

Dahulu,kita bertawaf di atas pasir.Masa itu kaabah  dikelilingi dengan tiang-tiang untuk keluasan tawaf

Sekarang

Sekarang  disekeliling kaabah dibina marmar(lantai).Tiada lagi tiang-tiang berada disekeliling kaabah.


TAHLULL

Dahulu

Dahulu jemaah haji bertahlul dengan cara menggunakan pisau cukur atau gunting kecil.

Sekarang

Sekarang,jemaah haji boleh bertahlull di kedai gunting.Tapi masih jemaah haji bertahlull dengan cara tradisional.

MAKANAN DAN MINUMAN

Dahulu

Pada sekitar 60-an,jemaah haji membawa sendiri makanan dan minuman.Minuman pun air coco cola aje.

Sekarang

Zaman sekarang,restoran telah dibuka  untuk jemaah haaji yang hendak membeli atau makan


PASAR/KEDAI

Dahulu

Pada tahun 1930-an,rasanya pasar terletak berhampiran dengan pintu shafa di Masjidilharam.

Sekarang

Sekarng bertambah sesak di pasar yang terletak di Masjidillharam.

IBADAH WUKUF  DI ARAFAH

Dahulu

Sekitar 1960-an,ramai jemaah haji berwukuf di Arafah di atas bukit dan gunug-ganang.



Sekarang

Pada ketika ini,semua jemaah haji berwukuf di bawah bukit dan meletakan pagar disekitar khemah supaya tidak ada jemaah haji keluar masuk kerana jemaah haji akan sesat.

JAMRAH


Sekitar 1920-an ,Jamrah tidak ada bertingkat dan kketika itu jemaah haji berasak-asak untuk melontar jamrah  hingga ramai jemaah haji terqurban dan tercedera.



Sekarang

Sekarang,jamrah ini telah naiktaraf  kepada 5 tingkat dan tiada lagi Jemaah yang terqurban dan teredera lagi.


CUACA


Dahulu

Pada tahun 1941-an,Makkah dilanda banjir .Kalau orang nak pergi ke masjid kena berenang sampai ke kaabah.

Sekarang

Sekarang,dah tak ada banjir lagi,cuma ada hujan sahaja.

DAM ATAU QURBAN

Dahulu

Dahulu orang yang dikenakan dam atau hendak membuat  qurban akan memilih haiwan yang mereka dipilih.

Sekarang

Zaman sekarang jemaah haji kalau nak pilih haiwan pun tukang sembelih sudah siap sembelihnya

Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah