Jumaat, Mac 18

King Farouk


Dalam bersiri ini mengisahkan sejarah pemerintahan King Farouk di Mesir. Merupakan satu perspektif baru yang menggambarkan tentang masa dan bagaimana orang-orang Mesir hidup di bawah pemerintahan King Farouk. Menggambarkan hidup Raja Farouk, raja akhir Mesir yang telah disingkirkan daripada kekuasaan dalam revolusi 1952.

Sumber: tvalhijrah




Ahad, Mac 13

Pembukaan Kota Makkah (Part 3)

Sebelum memasuki Makkah,Rasulallah telah membahagikan kepada empat bahagian.Semuanya dipimpin oleh panglima yang Masyhur,gagah dan berani.Baginda sendiri berada di dalam pasukan kaum Muhajirin yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Al-Jarh.Panglima islam akan memasuki Makkah dari selatan ialah Khalid bin Waled.Dari utara dipimpin oleh Az-Zubair bin Al-Awwam.Saad bin Ubaidah Al Khazraj  memimpin tentera dari barat.Tentera yang  berada di timur dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Al Jarah.Tentera tang dipimpin oleh Khalid telah menghadapi rintangan daipada tentera quraisy yang diketuai oleh Ikrimah bin Abu Jahal.Dalam pertempuran ini 2 orang tentera islam yang sayahid dan 12 orang tentera quraisy terbunuh.

Tentera islam berjaya memasuki ke Makkah tanpa sebarang pertumpahan yang sengit.Tentera islam bertasbih dan bertahmid ketika memasuki Makkah.Rasulallah memerintahkan tentera islam meruntuhkan berhala yang berada di sekeliling Makkah yang berjumlah 360 buah.


Rasulallah telah sampai di Makkah dan terus mmelakukan tawafqudum sebanyak 7 kali pusingan dengan umat islam serta menunaikan solat.Seterusnya Rasulallah menyanmpaikan Khutbah yang menerangkan kebesaran dan keagungan allah.


Baginda telah memaafkan semua penduduk Makkah kecuali beberapa orang yang mengjina dan berlaku Zalim terhadap orang2 islam.

Orang Kafir Quraisy yang dihukum bunuh

1.Ibnu Khatal

Memohon perlkndungan di kaabah dan bergayut pada kelambu kaabah.Seorang lelaki  datang mengadu datang kepada Rasulallah lalu baginda mengarah kan supaya dia dibunuh.

2.Huwaris bin Nuqid

Seorang lelaki yang selau menyakiti Rasulallah di Makkah  dan telah di bunuh oleh Saidina Ali Bin Abi Talib

3.Miqas bin shababah

Seorang lelaki yang  pernah membunuh lelaki ansar dan telah murtad.Dia dibunuh oleh Numailah Bin Abdullah

5.Fatanah

Seorang penyanyi perempuan milik Abdullahh bin Khatal yang selalu mencaci Rasulallah dalam setiap nyanyian

Ramai penduduk Makkah memeluk islam setelah penaklukan Kota Makkah  diantaranya:

1.Hindun binti Utbah

Isteri kepada Abu Sufian.Beliau adalah orang yang membelh dada hamzah ketika  dalam peperangan Uhud

2.Ikimah bin Abu Jahal

Pejuang islam yang terkenal syahid  dalam peperangan Yarmuk pada tahun 15 Hijrah.

3.Wahsy bin Harb

Lelaki yang membunuh Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud.

4.Usman bin Amir

Lelaki yang dikenali dengan Abu Kakhafah yaitu bapa Saidina Abu Bakar As-Sidiq

Rasulallah mengadakan perjanjian dengan orang perempuan

Isi perjanjian Rasulallah dengan orang  perempuan:


  1. Jangan menyekutukan Allah
  2. Jangan mencuri
  3. Jangan berzina
  4. Jangan membunuh anak
  5. Jangan berdusta







Jumaat, Mac 11

Menara yang tertinggi didunia.

Apakah bangunan peckar langit yang paling tertinggi di dunia?
Menagpakah manusia zaman sekarang suka membina pencakar langit yang tinggi2?
Sebab untuk suka2 atau supaya dipuji oleh orang dunia.




Burj Khalifa Dubai
Bangunan tertinggi di dunia ini didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.   Ketinggian bangunan ini ialah 828 meter.   Pembinaan bermula pada 21 September 2004 dan selesai disiapkan pada 1 Oktober 2009.  Perasmiannya dibuat pada 4 Januari 2010 yang lalu.   Jumlah perbelanjaan sekitar AS$1.5 bilion.   Bangunan ini mempunyai 160 buah tingkat.  Terdapat sebuah masjid pada tingkat 158.   Selain itu, bangunan ini menempatkan hotel, rumah kediaman dan restoran. 



Menara Abraj Al Bait
Menara kedua tertinggi di dunia ini menggabungkan kompleks bangunan dan menara jam yang dibina di kota Mekah, Arab Saudi.   Bangunan yang berjaya disiapkan pada tahun 2010 ini setinggi 601 meter dan mempunyai 76 tingkat.   Terdapat rumah kediaman, pusat membeli-belah, hotel dan ruang persidangan di bangunan ini.    Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Mekah.  Jam ini juga merupakan jam terbesar di dunia dan 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London.Dan siap sepenuhunya pada 2011.



Menara Taipei 101
Bangunan yang mempunyai 101 tingkat ini dibina di Taipei, Taiwan.   Dengan ketinggian 509 meter, bangunan ini merupakan bangunan ketiga tertinggi di dunia.   Bangunan ini siap dibina pada tahun 2004 dan dirasmikan pada 31 Disember 2004.   Bangunan ini menempatkan pusat kewangan antarabangsa Taipei.   Menara ini mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai dan restoran.







Menara Pusat Kewangan Dunia Shanghai
Pusat Kewangan Dunia Shanghai ialah menara keempat tertinggi di dunia.   Menara ini terletak di Shanghai, China.   Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium dan kedai.   Bangunan ini setinggi 494 meter dan mempunyai 101 tingkat.   Bangunan ini mula dibina pada tahun 1997 dan siap dibina pada tahun 2008.   Bangunan ini mendapat biaya daripada syarikat Jepun, China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Eropah. 

              

Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.   Menara ini terletak di Kuala Lumpur.  Paras ketinggiannya ialah 452 meter kurang sedikit dairpada ketinggian Menara Taipei 101.  Menara ini dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999.   Menara berkembar Petronas mempunyai 88 tingkat.   Menara ini mengekalkan motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.   Satu lagi pengaruh Islam ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb.  Terdapat ruang pejabat, kedai, Petrosains dan dewan pementasan di bangunan ini.


Jumaat, Mac 4

Blog Terhenti seketika

Blog akan berhenti seketika pada 7-11  Mac 2011 berikutan peperiksaan Sekolah Rendah Agama.Dan akan di sambung semula pada  12 Mac 2011 pada hari cuti sekolah.Jadi pada ketika ini ana kena banyakkan Ulang Kajlah.Moga-moga ana dapat markah peperiksaa yang terbaik.


Maher Zain - Ya Nabi Salam Alaika

Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah