Isnin, Disember 19

Ihsanoglu selar rejim Zionis kerana membina pintu sekatan Shu’afat di Jerusalem


Selasa , 20/12/2011 - Setiausaha Agung Oraganisasi Persidangan Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu menyelar tindakan rejim Zionis yang membina pintu sekatan tentera, Shu’afat di Jerusalem. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh radio OIC, Ihsanoglu berkata pintu sekatan itu akan memburukkan lagi keadaan sedia ada dan memisahkan 65 ribu penduduk Palestin dari timur Jerusalem.
Menurutnya lagi, tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang dan merupakan sebahagian kecil daripada usaha rejim Zionis untuk meYahudikan seluruh Bandar Jerusalem. Beliau juga mengkritik rancangan rejim Zionis untuk membina lagi 40 unit penempatan haram Yahudi di Baitulaham
Sumber: http://www.palestine-info.co.uk/en/ via Palestinkini
Related Posts with Thumbnails

pergi haji

Makkah and Madinah